Hamma Hemmy
biography TheWeb Entries twitter Facebook +follow


Jangan lupa aku Bibit !
Sunday, 29 May 2011 | 8:35 am |

ASSALAMUALAIKUM

24.05.2011

Tak pernah rasa langsung macam mana rasanya bila kehilangan haiwan kesayangan kita sendiri . dulu bila kawan aku datang sekolah nangis nangis sebab kucing dia mati . okeh rasa macam , ergh ... perlu ke kau menangis . kucing jer kot kan . tak perlu nak meratap bagai semua . tapi tapi tapi ... itu dulu . zaman tak ada perasaan . hahha .. rasa macam kejam sangat time tuh .

Sekarang bila aku sendiri rasa perasaan tu . rasa macam lain sangat . kisah bermula ...

selalunya aku sekolah pagi walaupun aku form 2 sebab aku ambik aliran agama . tapi disebabkan waktu ni aku exam . jadi kena pergi petang . nak selaraskan dengan form 2 yang lain . entahlah sekolah aku ni pelik sikit . tak kisahlah ...

Pagi tuh ayah aku suruh bersihkan sangkar Rara dengan Bibit . macam biasalah , kalau aku tak bersihkan sampai petang nanti bau busuk nya .. kau jangan cakaplah . walaupun sikap malas tuh ada tersemai dalam diri . daripada aku kena marah tak pasal pasal lebih baik rasanya aku bersihkan . dah tanggungjawab . nak sangat ada haiwan peliharaan kan . ha , rasakan !

Waktu ada dekat sangkar tuh .. aku tengok si Rara ni pusing pusing satu sangkar tuh . pelik ! tetiba pagi pagi rajin buat marathon dalam sangkar . tapi tulah .. aku buat tak tahu jer sebab rara ni memang hyper tak tentu pasal . so , buat tak tahu adalah langkah yang terbaik . 

Selalunya bila nak bersihkan sangkar . aku akan belai belai diorang dulu . hehe ... nak ambik mood katanya .  Bila dah bukak pintu sangkar tuh aku pun macam biasa masuklahkan tangan nak belai . walaupun diorang tak suka dibelai . untuk meng-cover bahawa sesungguhnya aku ni tuan yang ada hati dan perasaan jadi aku belai jugak . tengah syok syok usap usap rara .. tup tup tangan aku kaku dekat badan bibit saat aku belai dia . badan dia keras . panas . first time dalam sejarah hidup aku pegang haiwan yang dah mati . rasa macam nak nangis sesangat . pandang kiri kanan tetiba nampak ayah . terus tak jadi nangis . malu kot kalau nangis depan ayah . yelah dulu aku kutuk kawan aku nangis sebab kucing . sekarang tengok .. tragedi makan tuan .

Perkara yang paling aku tersentuh . bila aku tengok si Rara pun turut bersedih . okeh haiwan pun ada perasaan . inikan kita manusia ... kalau tak ada perasaan tak tahulah . rara pusing satu cage . nak menitis air mata bila rara peluk si bibit . honestly , dia peluk bibit time tuh . dia rapatkan badan dia dengan bibit .

bila haiwan dah tinggal sekor .. nak jaga tuh dah tak semangat dah . hahha okeh . cepat jer mood menurun . bila tanya ayah nak buat apa dengan arnab sekor tuh ? ayah dengan mudahnya kata jual dekat orang . mungkin itu cara yang terbaik daripada ayah sembelih . masak . makan . memang aku tak makanlah jawabnya ...

NOTE : kalaulah aku boleh berinteraksi dengan haiwan .. mudah jer aku boleh tahu bila diorang sakit . lapar . nak bermain . kalaulah ...